Saturday 6 December 2014

BERHARAP KAU SETIA

Aku yang tak pernah bisa
Bila jauh darimu
Aku tak ingin engkau ada
Di samping yang lain

Bila waktu izinkanku
untuk terus bersamamu
Aku kan selalu menjagamu
Di setiap nafas hidupku

Bila kau jauh ingat aku
Dekat bayangku bersamamu
Bila kau dekat peluk tubuhku
Janjilah padaku tetap setia

Aku tak ingin engkau pergi
Aku tak ingin engkau jauh
Aku sangat mencintaimu
Sungguh-sungguh ku cinta kamu

Ku hanya ingin kau mengerti
Ku hanya ingin kau fahami
Berharap kau tetap disini
untuk sama-sama setia


Wednesday 13 February 2013

AKU PASRAH.......

AKU MENYANGKA DAN TIDAK KU MENDUGA
AKHIRNYA ENGKAU YG BERUBAH
SEKELIP MATA CINTA KITA TERLERAI
DIHUJANI DENGAN LINANGAN AIR MATA
MENGAPA ENGKAU DUSTAI CINTA KITA
DIMANA LETAKNYA JANJI SETIA
YG PERNAH ENGKAU LAFAZKAN SEWAKTU DAHULU
INGIN TERUS HIDUP SELAMANYA BERSAMAKU
HINGGA KE AKHIRNYA........

TINGGALLAH AKU BERSAMA HATI YG PEDIH
TERPAKSALAH KU TELAN SEGALA KEPAHITAN
SEHINGGA KERING AIR MATA KU MENANGIS
BILA AKU KENANGKAN NASIB YG MENIMPA DIRIKU INI

BIARKANLAH KU SENDIRI MENERUSKAN HIDUP TANPAMU DISISI
KU RELAKAN DIKAU PERGI ANDAI ITUNYA MAHUMU
KU MENGANGGAP IANYA ADALAH UJIAN DARINYA
TIADA JODOH DIANTARA KITA

AKU PASRAH..
AKU REDHA...

DENGAN APA YG TERJADI
KU DOAKAN AGAR DIKAU BAHAGIA DISAMPINGNYA..

KARANGAN PMR:FAEDAH MEMPUNYAI BANYAK KAWAN

    Pepatah ada mengatakan,"berkasih biarlah satu,berkawan biarlah seribu".Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa banyak yang mungkin.Apabila kita mempunyai banyak kawan,hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.Orang yang tidak mempunyai kawan atau tidak suka berkawan dikatakan sebagai kera sumbang.Sebenarnya,banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai banyak kawan.

    Satu daripada faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat.Jika kita akan menghadapi peperiksaan,kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari.Sebagai contohnya,kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan melalui e-mel.Melalui cara ini,maklumat yang akan kita peroleh  bertambah,lebih-lebih lagi dalam era ini pelbagai maklumat terletak diujung jari.

    Selain itu,kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan silaturahim.Apabila kita berkawan dengan banyak orang,hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra.Sebagai contohnya,kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar daripada pelbagai peringkat umur.Apabila kita berkawan,kita akan dapat meningkatkan hubungan erat selain dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragam.

    Seterusnya kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar.Di sekolah.terdapat pelbagai kaum.Jika kita berkawan dengan pelajar daripada kaum lain,kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.Sebagai contohnya,kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali,Tahun Baru Cina,Hari Raya Aidil Fitri dan sebagainya.Melalui cara ini,kita akan dapat meningkatkan hubungan yang baik sesama mereka selain kita dapat meningkatkan perpaduan di negara kita kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

    Bukan itu sahaja,kawan akan dapat membantu kita sewaktu kita menghadapi masalah.Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata pelajaran yang tidak kita kuasai.Oleh itu,kawan boleh membantu kita untuk menangani masalah tersebut.Sebagai contohnya,jika kita lemah dalam mata pelajaran Sejarah,kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak dalam mata pelajaran tersebut.Oleh itu,kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu atau menolong kita,dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan.

     Tuntasnya,kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah.Namun demikian,kita hendaklah berhati-hati,iaitu ingat sebelum kena,jimat sebelum habis kerana kawan yang baik membawa kebahagiaan manakala kawan yang jahat akan membawa kehancuran.Oleh hal yang demikian,pandai-pandailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca.Jika kita bijak memilih kawan,masa depan kita akan lebih bijak dan bersinar.